Sunday 28 December 2014

Peraturan dan Undang-Undang Bola Tampar

Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. Susunan Giliran (Rotation Order) Susunan giliran untuk setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan permainan haruslah kekal di sepanjang set permainan. Enam pemain setiap pasukan mesti berada dalam gelanggang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah . Tiga pemain berada di sepanjang jaring yang dikenali sebagai pemain hadapan. Mereka terdiri daripada pemain kiri yang menduduki posisi 4, pemain tengah di posisi 3, dan pemain kanan di posisi 2. Tiga pemain belakang pula terdiri daripada pemain kiri yang menduduki posisi 5, pemain tengah pada posisi 6 manakala pemain kanan di posisi 1 seperti berikut;
: Selepas servis dilakukan, pemain-pemain dibenarkan bergerak bebas di gelanggang sendiri dan di zon bebas. Apabila pasukan yang menerima servis telah membuat servis, pemain-pemainnya haruslah berputar mengikut arah jam ke posisi seterusnya, iaitu pemain di posisi 2 akan bergerak ke posisi 1 untuk menjadi pemain yang akan membuat servis selepas itu dan pemain di posisi 1 akan bergerak ke posisi 6 sehinggalah seterusnya semua pemain bertukar posisi. Sekiranya berlaku sesuatu kesalahan posisi atau kesalahan giliran, kesalahan itu akan didenda dengan kekalahan rali dan seterusnya kesalahan mestilah diperbetulkan dengan segera.

5 comments: